mcmc
Laporan Aktiviti

𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐊𝐈𝐃𝐕𝐄𝐍𝐓𝐔𝐑𝐄 – 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐂𝐎𝐇𝐎𝐑𝐓 𝟑 (𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝟒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍)

TARIKH12/07/2025
MASA04.00-04.30 PETANG
TEMPATNADI Kampung Kesedar Sungai Asap
PESERTA2 ORANG
TUJUAN

Memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai proses dan pengurusan operasi perniagaan secara asas. Melalui program ini, peserta dapat memahami fungsi-fungsi utama dalam operasi harian perniagaan seperti pengurusan stok, kawalan kos, pengurusan sumber manusia, serta kepentingan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
AKTIVITI

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk tontonan video pembelajaran mengenai komponen operasi perniagaan, perbincangan kumpulan mengenai proses pengurusan jual beli, mengurus kedai mini atau gerai, serta aktiviti reka bentuk carta aliran operasi. Dalam webinar, peserta akan dibimbing oleh penceramah jemputan yang akan berkongsi pengalaman sebenar dalam mengurus operasi perniagaan serta menjawab soalan secara interaktif.