mcmc
Laporan Aktiviti

𝐍𝐀𝐃𝐈-𝐍𝐔𝐑𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐃𝐈𝐋𝐄𝐀 – 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐌𝐁𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟓 (𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 , SEJARAH ,MATEMATIK & 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐆𝐆𝐄𝐑𝐈𝐒)

ARIKH03 & 04 Julai 2025
MASA3.30 -4.30 PETANG
TEMPATNADI Kampung Kesedar Sungai Asap
PESERTA2 ORANG
TUJUAN

Tujuan kelas ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah menjelang peperiksaan SPM. Selain itu, ia juga bertujuan memberikan lebih banyak masa dan ruang untuk pelajar memahami topik-topik yang sukar, mengukuhkan latihan menjawab soalan peperiksaan serta membina keyakinan diri pelajar dalam menghadapi peperiksaan sebenar.
AKTIVITI

Antara aktiviti dalam kelas termasuklah sesi ulang kaji topik penting mengikut subjek, latihan menjawab soalan peperiksaan sebenar (format SPM), perbincangan jawapan bersama guru dan kuiz. Selain itu, aktiviti seperti teknik menjawab soalan, simulasi peperiksaan dan motivasi pembelajaran turut dijalankan bagi meningkatkan keyakinan dan semangat pelajar dalam menghadapi peperiksaan.