mcmc
Laporan Aktiviti

𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐍𝐔𝐑𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐃𝐈𝐋𝐄𝐀 – 𝐎𝐏𝐄𝐍 𝐋𝐈𝐕𝐄 𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊 (𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟒 & 𝟓)

TARIKH08 Julai 2025
MASA03.30 -04.30 Petang
LOKASINADI Kampung Kesedar Sungai Asap
PESERTA5 ORANG
TUJUAN

Tujuan kelas ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains menjelang peperiksaan SPM. Selain itu, ia juga bertujuan memberikan lebih banyak masa dan ruang untuk pelajar memahami topik-topik yang sukar, mengukuhkan latihan menjawab soalan peperiksaan serta membina keyakinan diri pelajar dalam menghadapi peperiksaan sebenar.
AKTIVITI

Antara aktiviti dalam kelas termasuklah sesi ulang kaji topik penting mengikut subjek, latihan menjawab soalan peperiksaan sebenar (format SPM), perbincangan jawapan bersama guru dan kuiz. Selain itu, aktiviti seperti teknik menjawab soalan, simulasi peperiksaan dan motivasi pembelajaran turut dijalankan bagi meningkatkan keyakinan dan semangat pelajar dalam menghadapi peperiksaan.