| TARIKH | 12/07/2025 |
| MASA | 10.00-12.00 TENGAHARI |
| TEMPAT | NADI Kampung Kesedar Sungai Asap |
| PESERTA | 2 ORANG |
| TUJUAN Program ini bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman asas peserta terhadap pengaturcaraan Python yang telah dipelajari sebelum ini serta meningkatkan kecekapan mereka dalam menulis dan menguji kod secara sistematik. Melalui sesi ulangkaji ini, peserta akan diberi pendedahan semula kepada konsep-konsep penting seperti pemboleh ubah, struktur kawalan, fungsi, dan pengendalian input dan output. |
| AKTIVITI Aktiviti melibatkan penerangan ringkas setiap topik diikuti dengan latihan kod secara langsung, permainan kuiz interaktif bagi mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Program ini turut menyediakan sesi soal jawab dan bimbingan bagi memastikan setiap peserta mendapat pemahaman yang menyeluruh sebelum melangkah ke tahap pengaturcaraan yang lebih kompleks. |