mcmc
Maklumat Am

Maklumat AM

Gua Musang 001

 

 

 

Jajahan Gua Musang atau hanya dikenali sebagai Gua Musang (Jawi: ݢوا موسڠ, Bahasa Parsi: Gharistan, غارستان) merupakan salah satu jajahan Kelantan. Gua Musang terletak di selatan 

KelantanMalaysia. Jajahan Gua Musang dikenali sebagai jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan

kerana separuh daripada negeri Kelantan terdiri daripada jajahan Gua Musang. Sebelum tahun 1976, kawasan ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Ulu Kelantan yang

merangkumi kawasan Kuala Krai dan Gua Musang. Pusat pentadbiran ketika ini terletak di Kuala Krai. 

Jajahan Gua Musang hanya mempunyai satu sahaja kerusi parlimen iaitu Parlimen Gua Musang. Di peringkat negeri pula, jajahan ini merangkumi 3 DUN iaitu Dun Paloh,

Dun Nenggiri (dahulu dikenali sebagai DUN Bertam) dan Dun Galas (merangkumi Bandar Gua Musang). Ahli Parlimennya kini ialah YB Mohd Azizi Bin Abu Naim.

Pejabat kecil Jajahan telah ditubuhkan di Gua Musang pada tahun 1950 diketuai oleh seorang Penolong Ketua Jajahan dan beberapa kakitangan. Penubuhan pejabat kecil ini

bertujuan untuk menyelesaikan masalah penduduk. Pada tahun 1953, Pejabat Kecil Jajahan ini telah ditutup.

Gua Musang telah diberi taraf Mukim (Sub-District) pada tahun 1976. Pada 1 September 1977, Jajahan Kecil Gua Musang telah dinaikkan taraf kepada daerah (Jajahan Penuh).

Ia merupakan daerah yang kesembilan dalam Negeri Kelantan.

Jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang lain terdiri daripada Kota BharuPasir MasTumpatPasir PutehBachokKuala KraiMachangTanah Merah dan Jeli.

Jajahan Gua Musang terdiri daripada beberapa mukim iaitu :

1- Mukim Batu Papan
2- Mukim Gua Musang
3- Mukim Ulu Nenggiri
4- Mukim Ketil
5- Mukim Kuala Sungai
6- Mukim Limau Kasturi
7- Mukim Pulai
8- Mukim Relai
9-Mukim Renok
10-Bandar Gua Musang

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Musang

AHLI PARLIMEN GUA MUSANG 

365278948 1333993420868819 5319787309357913478 n

 

 

 

Nama Mohd Azizi bin Abu Naim
Parlimen  Gua Musang
Pendidikan
  1. Universiti Teknologi Mara (UiTM) – Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)

 

Image00006

           Kampung Kesedar Sungai Asap berada dalam Parlimen Gua Musang dan didalam kawasan ADUN Nenggiri  dimana jarak antara bandar Gua Musang ialah

20 kilometer dan 100 kilometer dari Bandar Kuala Krai. Kesedar Sungai Asap terbahagi kepada dua iaitu Sungai Asap A dan Sungai Asap B.Sungai Asap A hanya

dipisahkan melalui jalan kelapa sawit yang sebelum ini hanya dilalui oleh penduduk kampung kawasan sekitarnya sahaja. Sungai Asap B adalah kawasan tumpuan

kerana berada ditengah-tengah kawasan sekitar iaitu Kesedar Jeram Tekoh dan Taman Agropolitan Rantau Manis (ECER).

Jarak daripada simpang masuk ke Sungai Asap B untuk ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kesedar Sungai Asap (NADI) ialah 500 meter sahaja.

aaa

Kedudukan NADI Kesedar Sungai Asap di dalam peta Google.