Asal – usul nama Sungai Asap seperti yang diceritakan oleh penduduk yang telah lama menetap di Kampung Kesedar Sungai Asap ialah semasa penerokaan hutan sebelum
wujudnya perkampungan mereka tinggal di persisiran Sungai Che Weh.Setiap pagi apabila mereka ke hutan untuk meneroka pembukaan tanah mereka melihat kabus pagi
seperti kepulan asap. Maka dengan suasana pagi dan hening itu , mereka menamakan perkampungan itu dengan Sungai Asap.
Kewujudan RKT KESEDAR Sungai Asap B merupakan antara Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) yang awalnya diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
pada tahun 1978 dengan konsep “Ala Kelantan” dimana seramai 310 orang peneroka kumpulan pertama yang dibawa masuk tanpa ada apa-apa kemudahan prasarana pada masa
itu.Mereka ini ditempatkan di kongsi-kongsi sementara didalam hutan belantara bagi menjalankan kerja-kerja penerbangan hutan. Jalan perhubungan utama pada masa itu ialah jalan
keretapi dan laluan jalan balak.
Selepas kemasukan peneroka pada tahun 1979 mereka mula mengerjakan ladang secara perperingkat dengan mendapat upah kerja daripada KESEDAR diantara RM 200.00
hingga RM 300.00 sebulan. Pada tahun 1981 barulah kawasan perkampungan diwujudkan dimana rumah-rumah dibina secara gotong-royong dan dibahagikan kepada setiap
penerokauntuk memberi peluang kepada mereka membawa keluarga masing-masing.
Pada peringkat pembangunan terdapat banyak masalah terutama kemudahan asas mengakibatkan ramai diantara mereka menarik diri secara sukarela
daripada menjadi peneroka.Pihak KESEDAR terpaksa mengisi semula kekosongan dengan pengambilan peneroka baru bagi tahun berikutnya.