mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – SITI FATANAH BINTI ALIAS

Nama Siti Fatanah Binti Alias
Umur : 26 tahun
Ahli :2015

 

 Latar belakang

 Beliau adalah salah seorang staf Pusat Dalam Komuniti di Kesedar Sg Asap B yang bekerja sekitar tahun 2014. Beliau juga memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah setelah selesai kerja di PDK pada sebelah tenghari.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 Beliau mula belajar komputer bermula dari asas komputer sehinggalah kepada asas penggunaan internet. Beliau boleh dikatakan tidak mempunyai kemahiran langsung dalam menggunakan komputer. Perniagaan hanya sekadar untuk penduduk sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau kini boleh dikatakan agak mahir dalam microsoft office, paint sehinggalah kepada adobe photoshop. beliau mula aplikasikan penggunaan komputer dalam tugasan harian beliau sebagai staf di PDK sg Asap seperti menaip surat-surat rasmi, mencipta slide untuk presentation kepada pihak atasan, mencipta risalah untuk setiap majlis yang dianjurkan.Selain itu beliau juga sebagai peniaga secara kecil-kecilan mempamerkan barang naiagnaya di laman facebook beliau. Kini beliau sudah pandai berniaga secara online.banyak tempahan yang beliau terima yang boleh menambahkana pendapatan sampingan beliau.