mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 CELIK IT – MUHAMAD IQMAL RIDZWAN BIN ROSLI

Nama MUHAMAD IQMAL RIDZWAN BIN ROSLI
Umur : 14 Tahun
Ahli :2019

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar tingkatan Dua di SMK Sg asap. Beliau baru saja berpindah ke kg halaman selepas ibu bapanya merantau di negeri orang

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Beliau mempunyai ilmu dalam bidang ICT tetapi sekadar untuk bermain game dan seumpamanya. Beliau mula berjinak-jinak dengan Pusat Internet setelah melihat rakan-rakan yang lain terlibat dalam aktiviti mingguan di pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mengetahui fungsi sebenar pusat internet dan juga kegunaan internet yang betul yang bukan sekadar untuk bermain game sahaja. Beliau dididik pada mulanya dengan penggunaan game yang berunsur pendidikan. Lama-kelamaan beliau didedahkan dengan penggunaan mic word untuk belajar menaip secara betul. Terkini beliau mula menggunakan web pembelajaran online seperti quiziz untuk meningkatkan tahap pembelajaran beliau.