mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Muhammad Naqib Bin Khairul Anuar

Nama Muhammad Naqib Bin Khairul Anuar
Umur : 20 tahun
Ahli :2017

 

Latar belakang

 Merupakan anak peneroka di Kesedar Sungai Asap dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Melaka. Sebelum ini beliau adalah seorang pelajar sekolah agama dan malu-malu untuk datang ke PI1M untuk belajar.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 Sebelum ini ,beliau hanya mempunyai asas komputer untuk melayari internet dan beliau berasa kurang yakin akan kebolehan yang dimilikkinya untuk menguasai komputer.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menyertai Program Persijilan INTEL,beliau didedahkan dahulu asas komputer yang betul dan cara menaip pantas menggunakan Rapid Typing selama 2 hari. Selepas beliau boleh menguasai asas,beliau telah menyertai Persijilan INTEL yang di bimbing oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Kesedar Sungai Asap.Beliau kini telah mahir menggunakan kemahiran seperti mencari maklumat melalui internet, membuat pengiraan,pembentangan dan berkeyakinan diri.