|
Latar belakang
Merupakan anak yang ke5 yang masih bersekolah di Sek Keb Renok Baru. Berada di darjah 5. Beliau yang baru mula mengenal computer adalah seorang pelajar yang rajin datang ke kelas computer pada setiap hujung minggu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak didedahkan dengan komputer mahupun internet oleh ibu bapa beliau kerana risau dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, serta bimbang tidak dapat mengawal tingkah laku anak.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengetahui fungsi Pusat Internet kepada masyarakat dan kelas computer yang dijalankan pada setiap minggu dan penerangan staf berkenaan baik dan buruk tentang computer dan internet, akhirnya ibu bapa Adrina mula menunjukkan minat seterusnya menghantar anaknya ke kelas asas computer yang diadakan di pusat internet. Sebenarnya mereka sekeluarga baru saja berpindah ke Sg Asap B setelah bertahun-tahun menetap di tempat lain.