- This event has passed.
Webinar: Strategi penting cegah penyakit
January 3, 2025 @ 10:30 am - 11:30 am
Ramai yang maklum pentingnya membuat pemeriksaan ataupun saringan kesihatan. Saringan kesihatan penting dalam membantu mengesan faktor-faktor risiko dan penyakit pada peringkat awal, serta membolehkan intervensi awal untuk mencegah komplikasi penyakit yang serius. Ia merupakan langkah penting dalam pencegahan penyakit, menyokong gaya hidup sihat dan mengurangkan beban penyakit dalam masyarakat.
Mari kita sama- sama ikuti penerangan oleh Dr. Anza Elias, pakar kesihatan awam, yang akan mengupas topik ini dengan lebih mendalam dalam webinar NADIWellbeing pada hari Jumaat 3/12/2025, jam 10.30 pagi.