MASJID RAUDHATUL JANNAH

Pengenalan
Masjid Raudhatul Jannah ini terletak di dalam kg sungai asap b dan merupakan salah satu masjid utama yang
digunakan oleh penduduk kawasan ini.
Fungsi
* Tempat solat berjemaah
* Solat Jumaat
* Mengadakan majlis- majlis ilmu
* Bacaan Yasin
DEWAN JKKK KAMPUNG SUNGAI ASAP

Dewan ini siap dibina pada tahun 2014. Ia digunakan untuk kemudahan orang kampung jika ada majlis rasmi.
GERAKAN DESA WAWASAN KG SUNGAI ASAP B

Pengenalan
Dewan ini terletak di dalam Kg Sungai Asap B dan ia merupakan tempat di mana penduduk menggunakan dewan ini sebagai tempat menjalankan aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung setempat seperti mesyuarat, mengadakan majlis jamuan makan dan juga aktiviti sukan seperti badminton.
Kegunaan/Fungsi
* Mesyuarat JKKK
* Mesyuarat RELA
* Jamuan Makan
GELANGGANG FUTSAL

Kg Sungai Asap B juga mempunyai kemudahan asas seperti gelanggang futsal.
Kemudahan seperti ini, penduduk setempat boleh meluangkan masa mereka dengan aktiviti sukan
dengan bermain futsal tidak kira usia seperti kanak- kanak, remaja dan juga orang dewasa. Gelanggang futsal
ini digunakan pada setiap hari. Gelanggang futsal ini terletak di Kg Sungai Asap B yang berdekatan
dengan tapak pasar malam di kg tersebut.
TAPAK PASAR MALAM

Pasar malam diadakan dikawasan ini pada setiap petang selasa yang
mana dibuka bermula pada pukul 5.00pm sehingga 9 malam. Ia memudahkan orang ramai
untuk membeli barang-barang keperluan memandangkan Kg Sungai Asap B ini agak jauh dan sukar
untuk ke pekan gua musang yang mana jarak lebih kurang 12 km untuk samapi ke sana.
KEDAI GUNTING NIK HASSAN

Kedai gunting ini dibuka untuk memudahkan penduduk setempat tanpa perlu
pergi ke Gua Musang. Ramai pelajar sekolah menggunakan perkhidmatan ini ketika musim a
kan mulanya sesi persekolahan. Ia beroperasi setiap hari Kecuali Jumaat dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang.
Kedai ini diusahakan oleh anak muda yang melihat kesusahan orang kampung untuk mengunting rambut anak-anak.
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pengenalan
PDK ditubuhkan pada tahun 2014 untuk komuniti yang mempunyai anak-anak kurang upaya.
Mereka diajar dan dilatih oleh seorang penyelia dan dua orang pembantu. Golongan ini mendapat bantuan
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Waktu Operasi
Ahad- Khamis
Jam 8 Pagi – 4 Petang.
