|
Latar belakang
Seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunyai seorang anak yang baru berusia 8 bulan. Suami pula bekerja sendiri sebagai buruh kampung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tiada pendapatan bulanan kerana beliau tidak melakukan sebarang perniagaan ataupun sebarang kerja yang mempunyai pendapatan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau yang sebenarnya adalah bekas pelajar lulusan sijil salah sebuah ipts di ibu negara, yang mempunyai kepakaran dalam bidang it. Terutamanya dalam adobe photoshop. Tapi oleh kerana bila berada dikampung yang agak pedalaman ini tiada kerja yang sesuai dengan bakat yang beliau ada. Oleh itu beliau mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan online. Dengan bantuan dan kelas yang beliau hadiri di pim Kesedar Sg Asap menambahkan lagi ilmu beliau dalam perniagaan online.pelbagai jenis perniagaan online yang beliau lakukan termasuklah beg dan baju blouse perempuan