mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – NUR HAFAWATUL AMIRA BINTI ABDULAH

Nama NUR HAFAWATUL AMIRA BINTI ABDULAH
Umur : 18 Tahun
Ahli :2013

 

Latar belakang

 

Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan sudah pun berkahwin dalam usia yang masih muda. Sekarang mempunyai seorang anak yang berumur 2 tahun. Beliau menetap di Sg Asap B bersama dengan datuk dan neneknya yang sudahpun uzur. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau tidak melakukan sebarang kerja apatah lagi perniagaan atas talian sepertimana  yang beliau lakukan sekarang ini. Hanya suami tercinta yang diharapkan untuk menyara mereka sekeluarga termasuk kedua orang tuanya. Dalam pada yang sama beliau suka terlibat dengan apa jua aktivti yang dilalkukan di Pusat Internet Kesedar Sg Asap. Antara kelas yang beliau sertai seperti kelas asas computer, kelas asas internet, program intel, dan juga program terbaru dari MDEC iaitu EREZEKI juga beliau ikuti.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau menggunakan sepenuhnya kepandain dan kepakaran beliau dalam menggunakan social media untuk kea rah perkara yang bermanfaat. Beliau yang pada mulanya bertatih dalam menggunakan facebook sahaja untuk menjual produk secara kecil-kecilan dan lama – kelaman setelah mendapat bimbingan sepenuhnya dari staf Pi Kesedar Sg Asap beliau telah mula berani iklankan dalam beberapa kumpulan yang tersohor. Walaupun beliau hanya dropship kepada beberapa ejen jualan itu tidak pernah mematahkan semngat beliau untuk terus berniaga secara atas talian. Kini, beliau telah berani mengklankan dalam beberapa social media lain seperti telegram, Instagram dan juga group Whatsapp. Anggaran pendapat beliau dalam sehari sekitar RM 30.00 sehari. Adakalanya juga beliau mendapat lebih dari itu apabila tiba musim-musim tertentu seperti musim perayaan. Bergantung kepada permintaan pelanggan.