mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Sharina Binti Shaari

Nama Sharina Binti Shaari
Umur : 34 Tahun
Ahli :2017

Latar belakang

Beliau adalah seorang Jururawat di sebuah hospital di Negeri Kelantan.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Beliau sebenarnya adalah pengunjung yang sentiasa mengunjungi PI1M apabila beliau datang bercuti ke kampung halaman. Pada awalnya beliau tidak ambil kisah untuk belajar ICT bagi memantapkan pengetahuan dalam diri beliau. Beliau hanya menggunakan internet untuk menyiapkan kerja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mahir menggunakan computer tanpa bimbingan petugas. Dan beliau diajar cara untuk mempromosikan barangan jualan jika berniaga. Kini semua hasil jualan beliau direkod dengan sistematik dalam Microsoft Excel. Kemasukan “order” setiap hari purata 20 orang pelanggan. Dan pendapatan bersih sebulan ialah RM 250.00.