| Nama | SITI NORHASIMAH BT MD NOOR |
| Umur | : 27 Tahun |
| Ahli | :2016 |
Latar belakang
Merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak. Beliau amat minat berniaga sejak di bangku sekolah lagi.Pelbagai jualan yang beliau telah lakukan setakat ini. Beliau juga amat aktif dalam aktiviti sukarela, maka tidak hairanlah setiap program anjuran kampung mesti beliau sentiasa berada dihadapan membantu dan terlibat secara langsung dalam program tersebut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak mempunyai keyakinan diri dalam memasarkan produk ataupun jualan beliau sehinggalah beliau telah dipertemukan dengan staf-staf pusat internet yang sentiasa memberi galakan, bimbingan kepada beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau pada awalnya hanya mengikuti setiap anjuran pusat intenet dan Badan-badan kerajaan ataupun NGO berkaitan dengan ICT. Tetapi lama -kelamaan beliau beliau sendiri merasakan perlunya ada pengetahuan komputer dan internet dalam dunia yang serba canggih ini. Beliau mula datang ke pusat internet meminta bantuan dari segi bimbingan ICT.Beliau telah mula pandai menggunakan “whatssapp” sebagai medium utama dalam mempromosikan jualan harian beliau.rupa-rupanya dalam pelbagai media social yang lain, beliau rasa lebih dekat dengan masyarakat sekeliling dengan menggunakan whatssapp. Daripada situ, pendapatan beliau telah mula meningkat dari rm30 sehari sehingga rm 150 sehari iaitu purata pendapatan bersih 1 hari.