mcmc
Maklumat Setempat

Kursus Intel Learn Easy Step & Entrepreneurship

Makluman

Pusat Internet 1Malaysia Kesedar Sungai Asap  mengadakan Kursus Intel Easy Steps dan Entrepreneurship pada setiap bulan bermula bulan Januari 2017, Kursus Entrepreneurship ini dibuat untuk membantu komuniti bagaimana untuk memulakan, membangunkan dan menjalankan sesuatu perniagaan. Manakala, Kursus Intel Easy Steps ini bertujuan untuk memperkenalkan komputer dan sistem operasi, memperkenalkan internet dan email, memperkenalkan pemprosesan kata, memperkenalkan hamparan elektronik, serta memperkenalkan multimedia.

Kursus ini sesuai untuk individu yang berumur 17 tahun keatas, Golongan Belia, Wanita, Keusahawanan, serta Warga Emas

Diadakan setiap bulan minggu kedua.

Kepada komuniti yang belum menjadi ahli, bolehlah mendaftarkan diri di Pusat Internet 1Malaysia Kesedar Sungai Asap dengan kadar bayaran serendah RM5.00 (Pendaftaran Ahli) sahaja untuk seumur hidup. Manakala kepada yang ingin memasuki kelas ataupun kursus bolehlah datang terus ke Pusat Internet 1Malaysia untuk menyertai kursus dan sijil diiktiraf oleh Pihak Intel.