Jajahan Gua Musang atau hanya dikenali sebagai Gua Musang (Jawi: ݢوا موسڠ, Bahasa Parsi: Gharistan, غارستان) merupakan salah satu jajahan Kelantan. Gua Musang terletak di selatan
Kelantan, Malaysia. Jajahan Gua Musang dikenali sebagai jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan
kerana separuh daripada negeri Kelantan terdiri daripada jajahan Gua Musang. Sebelum tahun 1976, kawasan ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Ulu Kelantan yang
merangkumi kawasan Kuala Krai dan Gua Musang. Pusat pentadbiran ketika ini terletak di Kuala Krai.
Jajahan Gua Musang hanya mempunyai satu sahaja kerusi parlimen iaitu Parlimen Gua Musang. Di peringkat negeri pula, jajahan ini merangkumi 3 DUN iaitu Dun Paloh,
Dun Nenggiri (dahulu dikenali sebagai DUN Bertam) dan Dun Galas (merangkumi Bandar Gua Musang). Ahli Parlimennya kini ialah YB Mohd Azizi Bin Abu Naim.
Pejabat kecil Jajahan telah ditubuhkan di Gua Musang pada tahun 1950 diketuai oleh seorang Penolong Ketua Jajahan dan beberapa kakitangan. Penubuhan pejabat kecil ini
bertujuan untuk menyelesaikan masalah penduduk. Pada tahun 1953, Pejabat Kecil Jajahan ini telah ditutup.
Gua Musang telah diberi taraf Mukim (Sub-District) pada tahun 1976. Pada 1 September 1977, Jajahan Kecil Gua Musang telah dinaikkan taraf kepada daerah (Jajahan Penuh).
Ia merupakan daerah yang kesembilan dalam Negeri Kelantan.
Jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang lain terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Jeli.
Jajahan Gua Musang terdiri daripada beberapa mukim iaitu :
1- Mukim Batu Papan
2- Mukim Gua Musang
3- Mukim Ulu Nenggiri
4- Mukim Ketil
5- Mukim Kuala Sungai
6- Mukim Limau Kasturi
7- Mukim Pulai
8- Mukim Relai
9-Mukim Renok
10-Bandar Gua Musang
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Musang
AHLI PARLIMEN GUA MUSANG

| Nama | Mohd Azizi bin Abu Naim |
| Parlimen | Gua Musang |
| Pendidikan |
|

Kampung Kesedar Sungai Asap berada dalam Parlimen Gua Musang dan didalam kawasan ADUN Nenggiri dimana jarak antara bandar Gua Musang ialah
20 kilometer dan 100 kilometer dari Bandar Kuala Krai. Kesedar Sungai Asap terbahagi kepada dua iaitu Sungai Asap A dan Sungai Asap B.Sungai Asap A hanya
dipisahkan melalui jalan kelapa sawit yang sebelum ini hanya dilalui oleh penduduk kampung kawasan sekitarnya sahaja. Sungai Asap B adalah kawasan tumpuan
kerana berada ditengah-tengah kawasan sekitar iaitu Kesedar Jeram Tekoh dan Taman Agropolitan Rantau Manis (ECER).
Jarak daripada simpang masuk ke Sungai Asap B untuk ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kesedar Sungai Asap (NADI) ialah 500 meter sahaja.

Kedudukan NADI Kesedar Sungai Asap di dalam peta Google.
