mcmc
Laporan Aktiviti

NOVEMBER 2025- KIDVENTURE – PROGRAM EDISI EKSPRES 3.0

TARIKH01/11/2025
MASA10.00 – 11.00 PAGI
TEMPATNADI KAMPUNG KESEDAR SUNGAI ASAP
PESERTA10 ORANG
TUJUAN

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak serta memberi pendedahan awal tentang asas perniagaan dan pengurusan kewangan. Ia juga bertujuan membina keyakinan diri dan kreativiti peserta dalam mengendalikan aktiviti keusahawanan.
AKTIVITI

Melalui program ini, peserta didedahkan kepada ilmu pengurusan bajet, kawalan aliran tunai, serta strategi membina kestabilan kewangan dalam kehidupan dan perniagaan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi perkongsian ilmu mengenai cara mengurus perbelanjaan secara berhemah, diikuti sesi soal jawab interaktif bersama peserta. Selain itu, turut diadakan kuiz untuk menguji kefahaman serta meningkatkan penglibatan peserta sepanjang sesi. Program diakhiri dengan rumusan dan pesanan motivasi agar peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh bagi mencapai kesejahteraan kewangan yang mampan.