mcmc
Laporan Aktiviti

NOVEMBER 2025 – WEBINAR CYBERSECURITY PERMULAAN DI UNIVERSITI,MASA DEPAN DI SIBER SEKURITI

TARIKH06/11/2025
MASA03.00-04.30 PETANG
TEMPATNADI KAMPUNG KESEDAR SUNGAI ASAP
PESERTA3
TUJUAN

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar universiti tentang peluang kerjaya dan kepentingan keselamatan siber di era digital. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu peserta memahami asas keselamatan siber, risiko yang wujud, dan bagaimana membina kemahiran awal yang relevan untuk kerjaya dalam bidang siber. Program ini juga bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk lebih bersedia menghadapi cabaran teknologi, serta meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan data peribadi dan organisasi.
AKTIVITI

Aktiviti ini membincangkan peluang kerjaya dalam bidang keselamatan siber, kemahiran yang diperlukan, serta bagaimana peserta boleh mula membina portfolio digital mereka. Peserta turut diberi tips dan panduan praktikal tentang cara melindungi data peribadi, mengurus kata laluan dengan selamat, dan mengesan ancaman siber awal.Program diakhiri dengan sesi soal jawab, di mana peserta berpeluang mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu keselamatan siber, pengalaman industri dan langkah persediaan untuk kerjaya dalam bidang siber.