mcmc
Laporan Aktiviti

OKTOBER 2025 – KUIZ KIS 4 : LINDUNGI DIRI TIPS KESELAMATAN DARI DEEPFAKE AI UNTUK SEMUA

TARIKH25 – 31 OKTOBER 2025
MASA9 PAGI – 6 PETANG
TEMPATNADI KAMPUNG KESEDAR SUNGAI ASAP
PESERTA20 ORANG
TUJUAN

Satu inisiatif kesedaran digital yang dijalankan oleh NADI menerusi modul khusus untuk mendidik masyarakat termasuk kanak-kanak, ibu bapa dan guru tentang keselamatan siber, privasi data, penipuan dalam talian, buli siber, dan penyebaran berita palsu.
AKTIVITI

Kuiz Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran NADI bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya murid sekolah dan belia, tentang kepentingan menggunakan Internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab dengan memberi penekanan kepada isu buli siber, berita palsu, privasi data serta had umur penggunaan media sosial. Seramai 20 orang pengunjung ke NADI telah menyertai program kali ini. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.