| Nama | :Mohd Firdaus Bin Sayati |
| Umur | : 14 Tahun |
| Ahli | :2016 |
Latar belakang
Beliau adalah anak lelaki yang sulung di dalam keluarga dan mempunyai lapan orang adik beradik. Berumur 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau seorang yang suka melakukan benda yang berlainan dengan kawan seusia dengannya. Pada setiap pg beliau akan ke dalam hutan untuk mencari ayam hutan bagi dijual kepada penduduk kawasan setempat dan dibela dahulu.Jika masa terluang beliau akan ke sungai untuk memancing bagi mengisi masa lapang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sejak cuti sekolah beliau sering ke PI untuk melayari internet bagi mempelajari ilmu yang baru menggunakan Youtube. Beliau juga sering mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI bagi menambah ilmu ICT.Kini beliau boleh menggunakan “adobe photoshop” dengan mahir berbanding kawan-kawan lain.