Nama | : SITI AMINAH BINTI MOHD KAMARULZAMAN |
Umur | : 10 Tahun |
Ahli | :2019 |
Latar belakang
Seorang pelajar darjah 4 di Sekolah Kebangsaan Renok Baru. Beliau adalah seorang penolong kelas di kelas beliau. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik dan beliau adalah anak ke 3.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau hanya duduk dirumah dan membantu menjaga kedai runcit keluarga. Sebelum ini beliau hanya datang ke Pi untuk tujuan fotokopi buku sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kelas pertama beliau sertai adalah kelas bersama rakannya kerana di ajak untuk belajar asas computer. Pada mulanya dia takut untuk pegang tetikus dan sering jauh ketinggalan dari rakan. Selepas hampir 4 kelas kini beliau sudah mampu untuk belajar sendiri dan mencari bahan ulangkaji sekolah.