NADI Kesedar Sungai Asap mula dibuka secara rasminya pada 1 November 2013 setelah menjalani proses audit (UAT) bersama pihak SKMM, TM dan pihak MSD. Pada bulan November sahaja jumlah ahli yang berdaftar adalah seramai 106 orang. Bagi menarik perhatian penduduk setempat dan memberitahu tentang perkhidmatan yang ada di NADI Kesedar Sungai Asap pada 10 Disember 2013 telah diadakan satu program iaitu “ Hari Bersama NADI Kesedar Sungai Asap’. Seramai 346 pengunjung telah datang dan menyertai program yang dianjurkan . Program ini dirasmikan oleh DUN NENGGIRI, YB Mat Yusof Bin Abd Ghani . Antara jemputan terhormat yang hadir ialah wakil Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia Puan Fara Slida Elina Bt Mohd Kamil , Wakil Telekom Malaysia En Shakirin B Ismail , Pegawai Pejabat Operasi Kesedar Sungai Asap En Hamdan B Mamat , Ketua JKKKP En Mohamad B Tawang.